Nama-nama bentuk 3D (3 Dimensi)
Tuesday, 6 December 2011
Ruang dan Bentuk
Sebagai permulaan untuk tajuk Ruang dan Bentuk, marilah kita bersama-sama menonton video ini.
Tuesday, 29 November 2011
PECAHAN
Mengenal Pecahan
Pecahan adalah nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan.
Bahagian-bahagian pada pecahan:
a) Pengangka angka yang terletak di atas.
b) Penyebut angka yang terletak di bawah.
Terdapat tiga bentuk pecahan, iaitu:
1. Pecahan Setara
Pecahan setara adalah pecahan-pecahan yang mempunyai nilai yang sama.
2. Pecahan Tak Wajar
Pecahan tak wajar : pengangka yang lebih kecil dari penyebutnya.
Pecahan Wajar: penyebut lebih kecil dari pengangka.
* Untuk menambah atau menolak pecahan dengan penyebut yang
berbeza, anda perlu menukar pecahan setara dengan penyebut
yang sama dan tambah atau tolak pengangka-pengangkanya.
Kita berhenti rehat seketika....mutiara kata hari ini...
Monday, 28 November 2011
Operasi yang Melibatkan Nombor Bulat
Ada empat operasi asas iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.
_
1. Untuk penambahan, penolakan dan pendaraban,
operasi dilakukan dari kanan ke kiri (right
to left).
![]() |
![]() |
_
2. Untuk pembahagian, operasi dilakukan dari
kiri ke kanan ( left to right)
3. Apabila mendarab suatu nombor dengan 10, 100
atau 1 000, tambahkan bilangan sifar
mengikut bilangan sifar yang terdapat pada
10, 100 atau 1 000.
contoh : a) 25 X 10 = 250
b) 25 X 100 = 2 500
c) 25 X 1 000 = 25 000
4. Untuk operasi bercampur yang melibatkan
penambahan dan penolakan, hitung dari kiri
ke kanan.
contoh : 8 652 - 2337 + 407 = 6 722
* lakukan operasi yang berada di sebelah kiri dahulu.
8 652 6 315
- 2 337 + 407
6 315 6 722
* murid-murid digalakkan meletak kurungan pada operasi yang
hendak diselesaikan dahulu.
Harap murid-murid dapat memahami pelajaran kita hari ini.Kata-
kata motivasi hari ini adalah:
Jumpa lagi ..
Sunday, 27 November 2011
NOMBOR BULAT
Salam Perpaduan..
Kita bertemu kembali dengan tajuk yang pertama dalam matematik iaitu Nombor Bulat.Ini adalah sedikit nota untuk murid-murid supaya lebih memahami tajuk ini.
1. Nombor-nombor 0, 1, 2, 3, 4, 5...100, 101, 102..., 99 999 dipanggil
nombor bulat.
2. Setiap digit dalam nombor bulat mempunyai nilai tempat dan nilai digit.
Puluh ribu Ribu Ratus Puluh Sa
(50 000) (9 000) (400) (70) (2)
4. Sesuatu nombor bulat boleh dibundarkan kepada nilai tempat suatu digit
yang terhampir yang tertentu.
3.Langkah-langkah apabila membundarkan nombor bulat:
a) Lihat pada digit pertama di sebelah kanan bagi digit yang hendak
dibundarkan.
b) Jika digit itu kurang daripada 5, kekalkan digit yang hendak dibundarkan.
c) Jika digit 5 atau lebih, tambahkan 1 pada digit yang hendak dibundarkan.
c) Gantikan semua digit lain di sebelah kanan dengan sifar.
Untuk menguji kefahaman anda.Cuba jawab soalan di bawah.
1. Tulis dalam bentuk angka atau perkataan.
i) 27 084 =
ii) 50 009 =
iii) 62 713 =
iv) Tiga puluh satu ribu empat ratus =
v) Tujuh Puluh empat ribu enam puluh satu =
vi) Sembilan puluh tujuh ribu lapan ratus sebelas =
2. Tulis nilai tempat dan nilai digit bagi yang berwarna merah.
Nilai Tempat Nilai Digit
i) 81 230 =
ii) 74 156 =
iii) 89 635 =
iv) 47 812 =
v) 64 908 =
Semoga Berjaya dan Jumpa Lagi ..

Wednesday, 23 November 2011
Apa itu Matematik?
Assalamualaikum dan salam sejahtera..bertemu kita kembali dengan tajuk seterusnya. Sebelum memulakan tajuk kita pada hari ini, cikgu ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid tahun 6 yang berjaya mendapat 5A pada peperiksaan UPSR baru-baru ini. Bagi murid yang kurang berjaya..teruskan usaha anda di masa hadapan..
Apa sebenarnya 'Matematik itu?'
Matematik merupakan perhubungan yang boleh diukur di antara: nombor-nombor, kejadian-kejadian, objek-objek, sistem-sistem dan juga pola kitaran; dan sudah semestinya Matematik itu berkaitan dengan pengiraan; dan juga berkenaan dengan memahami sesuatu objek secara lebih terurus.

Subscribe to:
Posts (Atom)