Sunday 27 November 2011

NOMBOR BULAT

Salam Perpaduan..


   Kita bertemu kembali dengan tajuk yang pertama dalam matematik iaitu Nombor Bulat.Ini adalah sedikit nota untuk murid-murid supaya lebih memahami tajuk ini.


1. Nombor-nombor 0, 1, 2, 3, 4, 5...100, 101, 102..., 99 999 dipanggil 
     nombor bulat.


2. Setiap digit dalam nombor bulat mempunyai nilai tempat dan nilai digit.

                      Puluh ribu   Ribu        Ratus     Puluh       Sa
                      (50 000)   (9 000)     (400)     (70)         (2)


4. Sesuatu nombor bulat boleh dibundarkan kepada nilai tempat suatu digit
    yang terhampir yang tertentu.


3.Langkah-langkah apabila membundarkan nombor bulat:


  a) Lihat pada digit pertama di sebelah kanan bagi digit yang hendak
      dibundarkan.


 b) Jika digit itu kurang daripada 5, kekalkan digit yang hendak dibundarkan.


 c) Jika digit 5 atau lebih, tambahkan 1 pada digit yang hendak dibundarkan.


 c) Gantikan semua digit lain di sebelah kanan dengan sifar.

Untuk menguji kefahaman anda.Cuba jawab soalan di bawah.
1. Tulis dalam bentuk angka atau perkataan.


i)  27 084        =


ii) 50 009        =


iii) 62 713       =


iv) Tiga puluh satu ribu empat ratus               =


v) Tujuh Puluh empat ribu enam puluh satu  =


vi) Sembilan puluh tujuh ribu lapan ratus sebelas = 


2. Tulis nilai tempat dan nilai digit bagi yang berwarna merah.


                                       Nilai Tempat                      Nilai Digit


i)  81 230   =


ii)  74 156  =


iii)  89 635  =


iv)  47 812  =


v)  64 908   =


                            Semoga Berjaya dan Jumpa Lagi ..




  





No comments:

Post a Comment