Tuesday 6 December 2011

Panduan Menjawab Soalan Kertas 1

Kertas 1 (Objektif 40 soalan)

Berikut diberikan panduan untuk menjawab soalan objektif bagi peperiksaan Matematik,
Kertas 1.
1.
Baca soalan dengan teliti.
2.
Kaji semua rajah yang diberikan dengan berhati-hati.
3.
Tulis semula semua maklumat yang diberikan secara ringkas.
4.
Kenal pasti klu penting dalam soalan.
5.
Tentukan maklumat yang perlu dicari.
6.
Kenal pasti operasi penyelesaian.
7.
Selesaikan masalah.
8.
Pilih jawapan yang tepat.
9.
Jika anda tidak dapat menyelesaikan sesuatu masalah, 
teruskan menjawab soalan yang seterusnya. Kembali kepada
soalan yang tidak dapat diselesaikan, jika ada masa.

Bulan Dalam Kalender Qamari

Jom sama-sama kita menyanyi sambil menghafal!

Peratus II

Lagi  tentang peratus!

Peratus

Nota 
  1. Perkataan ‘daripada’ dan kaitannya dengan symbol darab (X) perlu
dijelaskan selalu kepada pelajar apabila berhadapan dengan masalah
peratus.
 
  1. Perlu diingat bahawa nilai peratus daripada satu kuantiti bersamaan
dengan nilai peratus itu didarab dengan kuantiti itu. 
Contoh: 
Berapakah 10 % daripada RM 200 
 
3.      Jelaskan kepada pelajar kedua-dua sifar pada penyebut dan kuantiti boleh
dimansuhkan.
 
  1. Nilai atau kuantiti yang dicari boleh ditentukan dengan cepat secara
berikut: 
 

Peratus

Penyelesaian masalah harian melibatkan konsep pecahan dan peratus. 
1.
Antara soalan yang ditanya dalam UPSR bagi matapelajaran
matematik ialah penyelesaian masalah harian melibatkan 
konsep pecahan dan peratus.
 
2.
Untuk menjawab soalan-soalan berkaitan penyelesaian 
masalah, beberapa langkah atau strategi perlu 
dilaksanakan untuk memastikan jawapan adalah 
tepat dan mematuhi kehendak soalan.
 
3.
Langkah atau strategi yang perlu dilaksanakan adalah seperti 
berikut:
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Contoh soalan dan penyelesaian 
Dalam satu ujian, Fatimah dapat menjawab 40 daripada 50 soalan.  
Berapa peratuskan markah yang diperolehinya dalam ujian tersebut?
 

Langkah Penyelesaian 

1. Maklumat yang diberi 
        Fatimah dapat menjawab 40 daripada 50 soalan.                          
  
2. Maklumat yang dikehendaki 
  Peratus markah yang diperolehi dalam ujian tersebut. 
 
  1. Operasi 
Pendaraban
 
  1. Langkah Pengiraan
           40   X  100%
           50
 
80%
  
  1. Jawapan

Peratus markah yang diperolehi dalam ujian ialah 80%

Peringatan untuk semua murid..

Peratus

 
1.
Soalan berkaitan dengan membundarkan nombor  adalah merupakan soalan yang kerap diuji terutamanya di dalam  UPSR Kertas 2. Dari analisa yang telah dibuat, soalan -soalan membundarkan nombor memang diuji pada tiap-tiap tahun. Oleh yang demikian disarankan supaya pelajar benar-benar dapat menguasai kemahiran ini.
 
2.
Langkah-langkah untuk membundarkan nombor adalah seperti berikut:
            Contoh:
                        Bundarkan 34 756  kepada ribu yang hampir
                                    3 4 7 5 6
 
i.
Kenalpasti  angka yang hendak dibundarkan dengan menentukan nilai tempatnya.
 
ii.
Digit yang hendak dibundarkan ialah digit 4 yang berada di tempat ribu
 
iii.
Lihat nilai digit sebelumnya iaitu  700
 
iv.
Jika nilai digitnya lebih dari 500 maka nilai digit ditempat ribu hendaklah ditambah 1000 menjadi 5000.
 
v.
Jika nilai digitnya kurang dari 500 ,angka-angka tersebut hendaklah ditukar  kepada sifar dan nilai tempat rumah ribu dikekalkan 4000.
 
vi.
Oleh itu nombor 34756, apabila dibundarkan kepada ribu yang terdekat akan  menjadi 35 000

 

Peratus

Peratus 

NOTA




Peratus

Nota 

1.
Menukar no. perpuluhan dalam 2 tempat perpuluhan kepada peratus.
 
Contoh: 0.35 =
                        
 
                     = 35%
 
2.
Menukar no. perpuluhan dalam 1 tempat perpuluhan kepada peratus.
 
Contoh: 0.2    =                              
                       = 20%
 
 
3.
Menukar no. bulat kepada peratus.
 
Contoh: 6   =
                     =  600%
 

Peratus

Nota 

1.
Mencari nilai bagi peratus daripada suatu nilai tertentu.
 
Contoh:  35% daripada RM150 =  35 X RM150
                                                        100
 
                                                  =   RM52.50
 
2.
Apabila mencari peratus sebahagian daripada suatu nilai ,kedua-dua kuantiti itu mesti mempunyai unit yang sama.
 
Contoh:1. Berapa peratuskah  100g daripada 1kg?
 
              100 g  x    100% (tukar unit kg kepada g, di mana 1kg = 1000g)
             1000g
 
            =  10%
 
Contoh 2: Berapa peratuskah 40 sen daripada RM2?
                 
 
 (tukar unit RM kepada sen, di mana RM 1 = 100sen)
               
          =  20%
Aktiviti Topik Ruang

Ruang  II

  1. Berlatih membuat bulatan dengan menggunakan benang atau tali.
  2. Kamu harus juga tahu menggunakan jangka lukis untuk membuat bulatan. Belajar membuat ukuran jejari dan diameter dengan melibatkan perpuluhan.
  3. Ulangkaji istilah –istilah yang berkaitan dengan bulatan iaitu jejari, pusat dan diameter

 
  1. Cuba mencipta pola yang terdiri daripada bulatan, segi empat sama, segi empat tepat dan segi tiga. 
  2. Kumpulkan objek-objek yang berbentuk bulatan untuk di pamerkan di sudut pembelajaran kelas.


Permukaan, Tepi dan Bucu

Diharap murid-murid memberi perhatian pada tajuk ini ye..selamat belajar.

Bentuk 3D

Nama-nama bentuk 3D (3 Dimensi)


Ruang dan Bentuk

Sebagai permulaan untuk tajuk Ruang dan Bentuk, marilah kita bersama-sama menonton video ini.

Tuesday 29 November 2011

PECAHAN

Mengenal Pecahan
Pecahan adalah nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan.
Bahagian-bahagian pada pecahan:

a) Pengangka angka yang terletak di atas.
b) Penyebut angka yang terletak di bawah. 

Terdapat tiga bentuk pecahan, iaitu:


1. Pecahan Setara
    Pecahan setara adalah pecahan-pecahan yang mempunyai nilai yang sama.
 
2. Pecahan Tak Wajar
    Pecahan tak wajar : pengangka yang lebih kecil dari penyebutnya.
   
3. Pecahan Wajar
    Pecahan Wajar: penyebut lebih kecil dari pengangka.

4. Pecahan dalam bentuk nombor bercampur.
    
5. Menambah dan menolak pecahan
 
 
* Untuk menambah atau menolak pecahan dengan penyebut yang 
   berbeza, anda perlu menukar pecahan setara dengan penyebut
    yang sama dan tambah atau tolak pengangka-pengangkanya.


   Kita berhenti rehat seketika....mutiara kata hari ini...


                                                    
                                                                    Jumpa lagi..

Monday 28 November 2011

Operasi yang Melibatkan Nombor Bulat

Ada empat operasi asas iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.



1. Untuk penambahan, penolakan dan pendaraban,
   operasi dilakukan dari kanan ke kiri (right
    to left).








                     _             
2. Untuk pembahagian, operasi dilakukan dari
    kiri ke kanan ( left to right)


3. Apabila mendarab suatu nombor dengan 10, 100
   atau 1 000, tambahkan bilangan sifar
   mengikut bilangan sifar yang terdapat pada
   10, 100 atau 1 000.

    contoh : a) 25 X 10       = 250
                 b) 25 X 100    = 2 500
                 c) 25 X 1 000  = 25 000

4. Untuk operasi bercampur yang melibatkan
   penambahan dan penolakan, hitung dari kiri
   ke kanan.

      contoh : 8 652 - 2337 + 407 = 6 722
       * lakukan operasi yang berada di sebelah kiri dahulu.

          8 652                           6 315
      -   2 337                       +   407
          6 315                           6 722
     * murid-murid digalakkan meletak kurungan pada operasi yang 
        hendak diselesaikan dahulu.

     Harap murid-murid dapat memahami pelajaran kita hari ini.Kata-
     kata motivasi hari ini adalah:

  
Jumpa lagi ..






Sunday 27 November 2011

NOMBOR BULAT

Salam Perpaduan..


   Kita bertemu kembali dengan tajuk yang pertama dalam matematik iaitu Nombor Bulat.Ini adalah sedikit nota untuk murid-murid supaya lebih memahami tajuk ini.


1. Nombor-nombor 0, 1, 2, 3, 4, 5...100, 101, 102..., 99 999 dipanggil 
     nombor bulat.


2. Setiap digit dalam nombor bulat mempunyai nilai tempat dan nilai digit.

                      Puluh ribu   Ribu        Ratus     Puluh       Sa
                      (50 000)   (9 000)     (400)     (70)         (2)


4. Sesuatu nombor bulat boleh dibundarkan kepada nilai tempat suatu digit
    yang terhampir yang tertentu.


3.Langkah-langkah apabila membundarkan nombor bulat:


  a) Lihat pada digit pertama di sebelah kanan bagi digit yang hendak
      dibundarkan.


 b) Jika digit itu kurang daripada 5, kekalkan digit yang hendak dibundarkan.


 c) Jika digit 5 atau lebih, tambahkan 1 pada digit yang hendak dibundarkan.


 c) Gantikan semua digit lain di sebelah kanan dengan sifar.

Untuk menguji kefahaman anda.Cuba jawab soalan di bawah.
1. Tulis dalam bentuk angka atau perkataan.


i)  27 084        =


ii) 50 009        =


iii) 62 713       =


iv) Tiga puluh satu ribu empat ratus               =


v) Tujuh Puluh empat ribu enam puluh satu  =


vi) Sembilan puluh tujuh ribu lapan ratus sebelas = 


2. Tulis nilai tempat dan nilai digit bagi yang berwarna merah.


                                       Nilai Tempat                      Nilai Digit


i)  81 230   =


ii)  74 156  =


iii)  89 635  =


iv)  47 812  =


v)  64 908   =


                            Semoga Berjaya dan Jumpa Lagi ..




  





Tajuk-tajuk yang perlu di pelajari: