Tuesday 6 December 2011

Peratus II

Lagi  tentang peratus!

Peratus

Nota 
  1. Perkataan ‘daripada’ dan kaitannya dengan symbol darab (X) perlu
dijelaskan selalu kepada pelajar apabila berhadapan dengan masalah
peratus.
 
  1. Perlu diingat bahawa nilai peratus daripada satu kuantiti bersamaan
dengan nilai peratus itu didarab dengan kuantiti itu. 
Contoh: 
Berapakah 10 % daripada RM 200 
 
3.      Jelaskan kepada pelajar kedua-dua sifar pada penyebut dan kuantiti boleh
dimansuhkan.
 
  1. Nilai atau kuantiti yang dicari boleh ditentukan dengan cepat secara
berikut: 
 

Peratus

Penyelesaian masalah harian melibatkan konsep pecahan dan peratus. 
1.
Antara soalan yang ditanya dalam UPSR bagi matapelajaran
matematik ialah penyelesaian masalah harian melibatkan 
konsep pecahan dan peratus.
 
2.
Untuk menjawab soalan-soalan berkaitan penyelesaian 
masalah, beberapa langkah atau strategi perlu 
dilaksanakan untuk memastikan jawapan adalah 
tepat dan mematuhi kehendak soalan.
 
3.
Langkah atau strategi yang perlu dilaksanakan adalah seperti 
berikut:
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Contoh soalan dan penyelesaian 
Dalam satu ujian, Fatimah dapat menjawab 40 daripada 50 soalan.  
Berapa peratuskan markah yang diperolehinya dalam ujian tersebut?
 

Langkah Penyelesaian 

1. Maklumat yang diberi 
        Fatimah dapat menjawab 40 daripada 50 soalan.                          
  
2. Maklumat yang dikehendaki 
  Peratus markah yang diperolehi dalam ujian tersebut. 
 
  1. Operasi 
Pendaraban
 
  1. Langkah Pengiraan
           40   X  100%
           50
 
80%
  
  1. Jawapan

Peratus markah yang diperolehi dalam ujian ialah 80%

Peringatan untuk semua murid..

Peratus

 
1.
Soalan berkaitan dengan membundarkan nombor  adalah merupakan soalan yang kerap diuji terutamanya di dalam  UPSR Kertas 2. Dari analisa yang telah dibuat, soalan -soalan membundarkan nombor memang diuji pada tiap-tiap tahun. Oleh yang demikian disarankan supaya pelajar benar-benar dapat menguasai kemahiran ini.
 
2.
Langkah-langkah untuk membundarkan nombor adalah seperti berikut:
            Contoh:
                        Bundarkan 34 756  kepada ribu yang hampir
                                    3 4 7 5 6
 
i.
Kenalpasti  angka yang hendak dibundarkan dengan menentukan nilai tempatnya.
 
ii.
Digit yang hendak dibundarkan ialah digit 4 yang berada di tempat ribu
 
iii.
Lihat nilai digit sebelumnya iaitu  700
 
iv.
Jika nilai digitnya lebih dari 500 maka nilai digit ditempat ribu hendaklah ditambah 1000 menjadi 5000.
 
v.
Jika nilai digitnya kurang dari 500 ,angka-angka tersebut hendaklah ditukar  kepada sifar dan nilai tempat rumah ribu dikekalkan 4000.
 
vi.
Oleh itu nombor 34756, apabila dibundarkan kepada ribu yang terdekat akan  menjadi 35 000

 

No comments:

Post a Comment