MATHEMATICS IS FUN
Monday, 27 February 2012
Tuesday, 6 December 2011
Panduan Menjawab Soalan Kertas 1
Kertas 1 (Objektif 40 soalan)
Berikut diberikan panduan untuk menjawab soalan objektif bagi peperiksaan Matematik,
Kertas 1.
1. | Baca soalan dengan teliti. |
2. | Kaji semua rajah yang diberikan dengan berhati-hati. |
3. | Tulis semula semua maklumat yang diberikan secara ringkas. |
4. | Kenal pasti klu penting dalam soalan. |
5. | Tentukan maklumat yang perlu dicari. |
6. | Kenal pasti operasi penyelesaian. |
7. | Selesaikan masalah. |
8. | Pilih jawapan yang tepat. |
9. | Jika anda tidak dapat menyelesaikan sesuatu masalah, teruskan menjawab soalan yang seterusnya. Kembali kepada soalan yang tidak dapat diselesaikan, jika ada masa. |
Peratus II
Lagi tentang peratus!
Peratus
Nota
- Perkataan ‘daripada’ dan kaitannya dengan symbol darab (X) perlu
dijelaskan selalu kepada pelajar apabila berhadapan dengan masalah
peratus.
- Perlu diingat bahawa nilai peratus daripada satu kuantiti bersamaan
dengan nilai peratus itu didarab dengan kuantiti itu.
Contoh:
Berapakah 10 % daripada RM 200

3. Jelaskan kepada pelajar kedua-dua sifar pada penyebut dan kuantiti boleh
dimansuhkan.
- Nilai atau kuantiti yang dicari boleh ditentukan dengan cepat secara
berikut:

Peratus
Penyelesaian masalah harian melibatkan konsep pecahan dan peratus.
1. | Antara soalan yang ditanya dalam UPSR bagi matapelajaran matematik ialah penyelesaian masalah harian melibatkan konsep pecahan dan peratus. |
2. | Untuk menjawab soalan-soalan berkaitan penyelesaian masalah, beberapa langkah atau strategi perlu dilaksanakan untuk memastikan jawapan adalah tepat dan mematuhi kehendak soalan. |
3. | Langkah atau strategi yang perlu dilaksanakan adalah seperti berikut: |
![]() |
Contoh soalan dan penyelesaian
Dalam satu ujian, Fatimah dapat menjawab 40 daripada 50 soalan.
Berapa peratuskan markah yang diperolehinya dalam ujian tersebut?
Langkah Penyelesaian
1. Maklumat yang diberi
Fatimah dapat menjawab 40 daripada 50 soalan.
2. Maklumat yang dikehendaki
Peratus markah yang diperolehi dalam ujian tersebut.
- Operasi
- Langkah Pengiraan
40 X 100%
50
50
80%
- Jawapan
Peratus markah yang diperolehi dalam ujian ialah 80%
Peringatan untuk semua murid..
Peratus
1. | Soalan berkaitan dengan membundarkan nombor adalah merupakan soalan yang kerap diuji terutamanya di dalam UPSR Kertas 2. Dari analisa yang telah dibuat, soalan -soalan membundarkan nombor memang diuji pada tiap-tiap tahun. Oleh yang demikian disarankan supaya pelajar benar-benar dapat menguasai kemahiran ini. |
2. | Langkah-langkah untuk membundarkan nombor adalah seperti berikut: Contoh: Bundarkan 34 756 kepada ribu yang hampir 3 4 7 5 6 | |
| i. | Kenalpasti angka yang hendak dibundarkan dengan menentukan nilai tempatnya. |
| ii. | Digit yang hendak dibundarkan ialah digit 4 yang berada di tempat ribu |
| iii. | Lihat nilai digit sebelumnya iaitu 700 |
| iv. | Jika nilai digitnya lebih dari 500 maka nilai digit ditempat ribu hendaklah ditambah 1000 menjadi 5000. |
| v. | Jika nilai digitnya kurang dari 500 ,angka-angka tersebut hendaklah ditukar kepada sifar dan nilai tempat rumah ribu dikekalkan 4000. |
| vi. | Oleh itu nombor 34756, apabila dibundarkan kepada ribu yang terdekat akan menjadi 35 000 |
Peratus
Peratus
NOTA

Peratus
Nota
1. | Menukar no. perpuluhan dalam 2 tempat perpuluhan kepada peratus. |
| Contoh: 0.35 = ![]() = 35% |
2. | Menukar no. perpuluhan dalam 1 tempat perpuluhan kepada peratus. |
| Contoh: 0.2 = ![]() = 20% |
3. | Menukar no. bulat kepada peratus. |
| Contoh: 6 = ![]() = 600% |
Peratus
Nota
1. | Mencari nilai bagi peratus daripada suatu nilai tertentu. Contoh: 35% daripada RM150 = 35 X RM150 100 = RM52.50 |
2. | Apabila mencari peratus sebahagian daripada suatu nilai ,kedua-dua kuantiti itu mesti mempunyai unit yang sama. Contoh:1. Berapa peratuskah 100g daripada 1kg? 100 g x 100% (tukar unit kg kepada g, di mana 1kg = 1000g) 1000g = 10% Contoh 2: Berapa peratuskah 40 sen daripada RM2? ![]() = 20% |
Aktiviti Topik Ruang
Ruang II
- Berlatih membuat bulatan dengan menggunakan benang atau tali.
- Kamu harus juga tahu menggunakan jangka lukis untuk membuat bulatan. Belajar membuat ukuran jejari dan diameter dengan melibatkan perpuluhan.
- Ulangkaji istilah –istilah yang berkaitan dengan bulatan iaitu jejari, pusat dan diameter

- Cuba mencipta pola yang terdiri daripada bulatan, segi empat sama, segi empat tepat dan segi tiga.
- Kumpulkan objek-objek yang berbentuk bulatan untuk di pamerkan di sudut pembelajaran kelas.
Subscribe to:
Posts (Atom)